Tuesday, 18 September 2012

Kenapa Mesti Takaful?


Persoalan:

Kenapa Mesti Takaful?

Jawapannya cukup mudah,
  • Manusia mudah terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan nilai. Sebab itu perlunya takaful.
  • Jenis dan tahap risiko berbeza-beza dari segi nilai mendapatkan semula. Sebab itu perlunya takaful.
  • Risiko atau musibah itu tidak pasti bila akan terjadi (malang tidak berbau). Sebab itu perlunya takaful.
  • Untuk mendapatkan semula keadaan asal, manusia perlu berusaha atau berikhtiar menyediakan bantuan. Sebab itu perlunya takaful.
  • Sistem atau saluran bantu-membantu dianjurkan dan digalakkan oleh agama. Sebab itu perlunya takaful.
  • Sistem Takaful boleh meringankan beban risiko dan menyambung aktiviti harian. Sebab itu perlunya takaful.
  • Hanya sistem takaful yang ramai dapat membantu mereka yang ditimpa musibah. Sebab itu perlunya takaful.
  • Sistem takaful menguntungkan. Sebab itu perlunya takaful.

    Mari kita renungkan beberapa Dalil atau fakta berkaitan pentingnya takaful:

    1. 
    Surah Al-Maidah Ayat 2
    "Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan berkerjasama dalam dosa dan permusuhan".

    2. 
     Hadith riwayat Bukhari
    "Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".

    3. 
     Hadith riwayat Ahmad
    "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah, bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit".

    4.  Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
    "Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu".

    Cukuplah dengan 4 dalil dan fakta di atas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya perlingdungan TAKAFUL dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment